eSastera.Karya

Masa Depan Tamadun Anda

Panduan Menerbitkan Karya

PERINGATAN. Anda perlu menjadi ahli WordPress.com (daftarkan diri di http://www.WordPress.com) dan kemudiannya mendaftar sebagai pengguna di eSasteraKarya.com sebelum dapat menyiarkan karya di e-majalah ini.

A: TAHAP PENGGUNA

1. Administrator
2. Editor
3. Author (Boleh tulis, muat naik foto, edit, dan terbitkan karya sendiri).
4. Contributor
5. Follower

NOTA. Ada dua jenis input dalam portal WordPress, iaitu hantaran (post) dan halaman (page). Seseorang pengguna biasa (yang bukan Administrator atau Editor) hanya dapat memasukkan input berbentuk hantaran (post).

B: UNDANGAN MENGHANTAR KARYA UNTUK DITERBITKAN

(Sekiranya sdr ialah pengguna bertaraf “Author”, sila terus ke bahagian C di bawah)

Reduksi eSastera Karya menerima kiriman karya dari para pembaca, sama ada karya kreatif mahupun nonkreatif berdasarkan “Kategori” yang sedia ada, seperti yang berikut:

Bimbingan . Cerpen. Deklamasi . Kritikan Sastera . Lagu Puisi . Nota Admin . Pantun . Pemberitahuan & Laporan . Personaliti . Sajak . Sayembara .
Sembang Sastera . Vlog

Sila e-mel karya sdr kepada: eSastera.Karya@gmail.com

C: PANDUAN MENERBITKAN HANTARAN (UNTUK PENGGUNA BERTAHAP “AUTHOR”)
(
Dalam tulisan di sini, simbol + bermaksud “Klik”)

1.Log masuk

+Log Masuk
+Log masuk ke akaun WordPress

Please select a site to open
+eSastera.Karya

Sorry, you do not have enough permission to customize this site
+eSastera.Karya (di lajur kiri)

Anda akan dibawa ke laman “Home” bagi portal eSastera.Karya.

2. Untuk Menyiarkan Karya Anda:

+Categories (di lajur kiri)
+Featured image (di lajur kiri)

Masukkan karya anda di ruang “New Post”

Judul
Media dll (jika ada)
Artikel

+Publish

Setelah diklik Publish: Karya anda akan disimpan serta diterbitkan oleh sistem. Karya itu boleh diedit dan dikemas kini. (Sila klik Update setelah dikemaskinikan).

3. Untuk Memasukkan Video Dari YouTube Ke Karya Anda:

Salin URL video berkenaan dari YouTube. Pergi ke laman masuk karya dan klik mode HTML. Tampalkan URL dari YoutTube. Klik Publish/Update.

4. Untuk Log Keluar:

+Gambar anda di sudut atas sebelah kanan
+Sign Out

SEKIAN panduan menyiarkan karya (post) untuk pengguna bertaraf “Author”.


TAMBAHAN KAEDAH MENYIARKAN (SECARA WHATSAPP):
Siarkan karya anda di grup WhatsApp “e-Sastera.com @ WhatsApp”. Karya yang terpilih akan dipindahkan oleh Admin ke portal ini.

IKHLAS DARIPADA:

Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 20.12.2016
Pengemaskinian Terbaru: 17.11.2018

%d bloggers like this: