Salam sejahtera wahai orang hitam yang berada di Rumah Putih
lihatlah, ini hadiah yang menunggu kedatangan tuan
darah merah anak-anak Palestin… sama warnanya dengan merah darah anak-anak tuan
darah merah wanita-wanita Palestin… sama warnanya dengan merah darah isteri tuan.

Mereka mati kerana mereka Palestin, sedangkan tuan menjanjikan kebebasan bangsa
Mereka mati kerana mereka Palestin, sedangkan tuan menjanjikan kebebasan agama.

Wahai orang hitam yang berada di Rumah Putih
lihatlah:
bom yang menghancurkan perut wanita-wanita Palestin ini dibancuh di halaman rumah tuan
peluru yang menembusi kepala anak-anak Palestin ini digoreng di dapur rumah tuan.

Kami menunggu jawapan tuan
andainya telefon tuan tidak disekat Yahudi.

irwan-abu-bakar-presiden
– Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur 22.01.2019