Presiden Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA) merangkap Ketua Koordinator Gabungan Komunitas Sastra ASEAN (GAKSA), Prof. Dr. Irwan Abu Bakar, akan menyampaikan ucapan bertajuk “Hala Tuju Bidang Kesusasteraan Dan Keperluan Atau Langkah Bagi Menyerasi/Menyelaras Kesusasteraan Dengan Teknologi Masa Kini” di UMK Bachok jam 2.30 petang, Rabu 27 Disember 2017 ini.

Beliau dijangka membentangkan padangannya terhadap masa depan sastera siber dan kaedah mengintegrasikan aktiviti sastera Melayu dengan perkembangan teknologi internet.

Majlis seminar memfokus keUMKpada mahasiswa/i pengajian tahun 4 Kesusasteraan Warisan.