Sempena Seminar Internasional Sastera Melayu Islam 2017 (SISMI 17) pada 28-30.9.2017 anjuran NUMERA, pihak NUMERA telah mengumumkan Pemenang Anugerah Numera 2017. Empat orang yang berikut telah dinobatkan sebagai pemenang tiga kategori anugerah:
1. Hudan Hidayat – Anugerah Persuratan Dunia Numera 2017.
2. Irwan Abu Bakar – Anugerah Patria Numera 2017.
3. Putu Ikhirma – Anugerah Patria Numera 2017.
4. Norazimah Abu Bakar – Tokoh Srikandi Numera 2017.

Majlis penobatan telah diadakan semasa makan malam SISMI 2017 pada Sabtu 29.09.2017 di Masjid Abdul Rahman bin Auf (MARBA), Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Tetamu kehormat pada malam itu ialah Tan Sri Hamad Kama Piah bin Che Othman, Pengerusi UMW Holdings, Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, serta Drs. Nadjmi Adhani, Walikota Banjarbaru, Kalimantan, Indonesia.

Featured Image: Presiden E-SASTERA, Prof. Dr. Irwan Abu Bakar, sedang menyampaikan ucapan penerimaan anugerah.

GAMBAR (bawah): Irwan sedang menerima cendera hati penobatan daripada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Abdul Adzis.

sismi-2017-irwan-patria2