KUALA LUMPUR, Jumaat 10.02.2107. Kota Buku telah mengadakan program resensi buku E-Sastera: Teori dan Aplikasi di pejabatnya di Maju Junction, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada hari ini. Pembicara yang diundang untuk majlis itu ialah Profesor Dr. Irwan Abu Bakar, penulis buku yang berkenaan. Hadir sama ialah Ilya Kablam yang merupakan pengurus syarikat penerbit buku itu, Esastera Enterprise.

Dalam majlis yang dihadiri sekitar 30 kakitangan dan undangan Kota Buku itu,  Irwan telah menceritakan tentang konsep sastera siber (atau e-sastera) serta kegiatannya di Malaysia. Menurut Irwan, dua hal inilah yang difokuskan dalam buku setebal 386 halaman  itu.

Selesainya program yang berjalan kira-kira 45 minit itu, para peserta telah berpeluang membeli buku itu dengan harga tawaran istimewa.

Gambar: Irwan sedang menyampaikan pembentangnnya.

e-sastera-resensi-kotabuku-10022017