Profesor Datuk Dr. Ir. Mohd. Rizon Mohamed Juhari (featured image) telah dilantik sebagai Rektor, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang keempat mulai bulan ini. Beliau menggantikan  Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang tamat kontrak lima tahunnya baru-baru ini.

Mohd. Rizon ialah Jurutera Profesional. Kepakarannya adalah dalam bidang Analisis dan Animasi Komputer dari negara Jepun.

Mohd. Rizon aktif bersama eSastera pada awal penubuhannya.

Kita ucapkan kepada beliau selamat berjaya dalam menjalankan tugas barunya itu.