Empat orang AJK Persatuan Aktivis E-sastera Malaysia (E-SASTERA) telah menyertai program PULARA PANGKOR 2016 yang telah berlangsung pada 9 dan 10 Disember 2016 lalu. Mereka ialah sdr Citranalis (Timbalan Presiden), Hijas (Penolong Setiausaha), Harith (AJK), dan Ilya Kablam (Setiausaha Eksekutif). Ilya dan Hijas juga hadir sebagai Grup Lagu Puisi E-sastera (GLP).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah PULARA PANGKOR 2016, yang juga Tokoh Seni Budaya Perak, sdr Malim Ghozali PK, yang telah mengundang E-SASTERA untuk membuat persembahan deklamasi dan lagu puis. GLP telah membuat persembahan di segmen Festival Lagu Rakyat Perak dan Malam Kemuncak PULARA 2016.

Video: GLP menyampaikan lagu “Dot Dot Dot” di Pulara 2016.