Pada 12 Rabiul Awwal 1438H bersamaan 12 Disember 2016, Presiden E-SASTERA, Dr. Irwan Abu Bakar, dan Setiausah Eksekutif, Ilya Kablam, telah menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul 1438H di Masjid Abdul Rahman Bin Auf (MARBA), Jalan Puchong, Kuala Lumpur. Dr. Irwan dan Ilya telah diundang ke pentas untuk mendeklamasi puisi di majlis yang mendapat sambutan meriah itu. Dr. Irwan telah mendeklamasi puisinya “Dari Resah Mahmud Ke Resah Asy-Syifa” dari buku Sirah Rasulullah Dalam Puisi Siber (Esastera Enterprise, 2015) sementara Ilya Kablam telah mendeklamsikan puis karya Yajuk yang berjudul “Di Sini Cintaku”. Turut ke pentas untuk mendeklamasikan puisi ialah SN Dato’ Kemala.

E-SASTERA merakamkan di sini ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pengerusi MARBA, SN Dato’ Kemala serta Jawatankuasa Pengurusan MARBA dan Jawatankuasa pengajur majlis kerana memberi kesempatan kepada E-SASTERA mengambil bahagian dalam majlis yang sangat bermanfaat itu. Dato’ Kemala adalah juga Presiden Persatuan Sasterawan Nusantara Melayu Raya (NUMERA) dan Ilya Kablam juga adalah AJK NUMERA.