DIMAKLUMgaksa-logo-final-colourKAN bahawa Gabungan Komunitas Sastera Asean (GAKSA) akan mengadakan majlis penyampaian anugerah tesebut di atas di kotaa Anyer, Serang, Banten, Indonesia pada 18.11.2016 depan.

Dijangkakan lima anugerah akan dikeluarkan, satu untuk seorang aktivis sastera siber paling menonjol di setiap negara anggota GAKSA, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia. Singapura, dan Thailand. Pemenang akan menerima sijil, piala, dan hadiah iringan wang tunai tajaan Penerbit UTM Press, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Hos penganjuran ialah Lentera Sastera Indonesia (LSI) yang diketuai sdr Muhammad Rois Rinaldi.

Semua peminat sastera, terutamanya peminat saster siber, dipersilakan hadir di majlis gilang-gemilang itu. Para peserta juga dapat mengikuti seluruh program wisata sastera anjutan E-SASTERA itu, yang merangkumi juga aktiviti yang berikut:

  1. Malam deklamasi dan lagu puisi.
  2. Anugerah Hadiah e-Sastera.com (HesCom) 2016
  3. Seminar Internasional e-Sastera Indonesia-Malaysia (SISIM) 2016.
  4. Malam “Kreativitas Anak” di Rumah Baca Bintang AL-Ikhlas, Banten.
  5. Majlis persembahan puisi di Sastra Reboan, Jakarta.

Untuk menyertai program, sila hubungi Ilya Kablam +6019-2550599.