PROGRAM “ANTARA ANYER DAN JAKARTA”
(Susunan Program Terkini anjuran Persatuan Aktivis E-Sastera Malaysia E-SASTERA dan Gabungan Komunitas Sastera Asean GAKSA)

Tahun 2016 ini, E-SASTERA akan ke Anyer, Serang di Banten, sebuah provinsi di Jawa Barat, bersebelahan Jakarta.

E-SASTERA akan ke daerah Anyer, Serang, termasuk ke Rumah Baca Bintang AL-IKHLAS, Banten untuk bersama remaja muda di situ beraktiviti sastera dan budaya.

Kami akan terbang ke Jakarta dan naik kenderaan darat ke Anyer di Serang, Banten.

Tuan rumah di Banten ialah komunitas Lentera Sastra Indonesia (LSI) , sebuah badan yang menganggotai GAKSA.

Program yang dirancang setakat ini adalah seperti yang berikut:

——————–
JUMAAT 18.11.2016: Terbang KL-Jakarta, kemudian naik bas/van ke Serang. Malam persembahan di Serang, termasuk “Anugerah Hadiah eSastera. com (HesCom) 2016” dan “Anugerah E-sasterawan Asean, GAKSA 2016”. Bermalam di Anyer, Serang.

SABTU 19.11.2016. Lawatan ke Rumah Baca Bintang Al-Ikhlas, Banten dan menyertai program sehari “Kreativitas Anak”, berserta lawatan sekitar kota Serang dan seminar E-sastra SISIM 2016 – goo.gl/5UhX7C.
Bermalam di Anyer, Serang.

AHAD 20.11.2016. Naik bas/van dari Anyer ke Jakarta. Melawat sekitar kota Jakarta. Petangnya persembahan di panggung Sastera Reboan, Selatan Jakarta. Bermalam di Jakarta.

ISNIN 21.11.2016. Makan pagi diikuti penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

—————————————-
URUSAN PENERBANGAN PERGI DAN BALIK
Sesiapa yang ingin turut serta dalam program ini, sila beli tiket penerbangan AirAsia yang berikut:

KL-Jakarta
FLIGHT QZ 203
Jumaat 18.11.2016 @ 9:50 AM.

Jakarta-KL
FLIGHT AK 389
Isnin 21.11.2016 @ 10:10 AM.

Kos daratan di Anyer & Jakarta = RM1,000 seorang. (meliputi pengangkutan, penginapan dan makan minum yang akan diuruskan oleh penganjur program)

——————————
Mana-mana individu atau persatuan dari Malaysia (atau negara-negara lain) yang ingin menyertai aktiviti “wista-berprogram-sastera dan kebajikan” itu, bolehlah hubungi E-SASTERA – tinggalkan komen di kotak komen di bawah atau PM E-Sastera Malaysia.