Mereka tiga orang: A, B, dan C

mereka dari negara: X, Y, dan Z

maka kita panggil mereka

tiga sekawan: AX, BY, dan CZ.

di belakang imam mereka bersolat.

sembahyang-di-belakang-imam

(Sila klik di sisi kiri)

Imam itu dari negara mana?

ah, tak usahlah tanya

aku hanya nak beritahu

tentang makmum bertiga itu.

 

Selesainya solat, AX berkata:

kamu baca Fatihah, itu tak kena

al-Fatihah itu bacaan imam

kita dengari dengan khusyuk, itu yang perlu.

 

BY melenting, katanya:

Mana boleh tak baca Fatihah

Solat jadi tak sah

Mana boleh Fatihah diserah kepada imam?

 

Mencelah si CZ, katanya:

Engkau baca Fatihah, tapi tunggu imam selesai

Kita patut baca Fatihah bersama imam

ikuti imam, ayat demi ayat

baru khusyuk solat.

 

Aku mendengar pertengkaran mereka

mereka bergaduh isu ugama

bagusnya mereka, kata hati kecilku

mereka bagus berbanding rakan seagama

yang tidak bergaduh tetapi terleka

minum-minum vodka dan whisky bersama

memanaskan diri di kesejukan senja

kota Glasgow yang subsifar itu.

 

IRWAN ABU BAKAR

Kuala Lumpur, 29.06.2016.

 

.sembahyang-di-belakang-imam