Sila klik unutk kesan audio

Begitu laju masa meluncur
tercungap-cungap calon
menulis, mencakar skrip
mencapai pen dan cecair pemadam
menambah apa kurang
membetulkan apa silap.

Pantas sekali berlarinya masa
tetiba calon tersentak, terdesak
soalan ada yang belum dijawab
masa sudah menghampiri sempadan.

Pengawas peperiksaan sangap jemu
kenapa lambatnya tamatnya waktu?

Irwan Abu Bakar
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 24.06.2016.