PEMBERITAHUAN
Esastera Enterprise menaja hadiah “Puisi S2” secara bulanan di akhbar Utusan Malaysia (UM) mulai Julai 2016. Tajaan adalah untuk tempoh setahun. Setiap Sabtu, UM akan menyiarkan 3 puisi terbaik yang diterimanya dari khalayak pembacanya. Dari 12 puisi yang tersiar setiap bulan itu, akan dipilih puisi terbaik pada setiap bulan. Puisi terbaik ini menerima RM500. Penyair2 GAKSA digalakkan menyertai aktiviti yang berprestij ini.

Puisi-S2-Utusan Malaysia

(Tambahan: Pada masa yang sama, UM juga menyiarkan cereka dengan cara yang sama dan menyediakan hadiah RM1,000 untuk cereka terbaik pada setiap bulan).

Pengumuman dari:
E-Sastera,
Kuala Lumpur, 25.06.2016.