Aku tersandar di tiang tegak
mengingati ABC dan air tebu
ayam panggang dan ketam goreng
keledek rebus dan buah Melaka.

juadah

Tetiba hilang semua dari ingatan
melintas paha gebu

paha-2

sejenak aku termanggu.

Cis, ini kerja syaitan!

Kukejar syaitan penggoda deria
aku tumbuk dia, dia tak jatuh
aku sepak, dia tak rebah
kuseluk saku, keluarkan pistol, dan lepaskan sebuah ledakan

dia tertawa:

SILA KLIK ⇓

Ku hampiri makhluk bedebah
teliti dengan mata iman
nyata itu nafsuku.

Sepanjang ramadan
syaitan dibelenggu.

gari-handcuff

Irwan Abu Bakar
Kuala Lumpur, 18 Jun 2016 (12 Ramadan)