Pagi ini aku masih memikirkan dengan serius apakah bentuk yang wajar diambil untuk e-majalah eSastera.Karya ini. Sudah kuterima beberapa cadangan supaya e-majalah ini tidak dijadikan pelantar untuk siaran terbuka oleh khalayak penulis kerana pelantar yang sedemikian sudah banyak pada hari ini. E-Sastera sendiri sudah mempunyai e-majalah E-Sastera@Facebook. Tambahan pula, katanya, sebarang majalah yang berbentuk sedemikian di luar facebook tidak akan mendapat sambutan khalayak.

Cadangannya ialah menjadikan eSastera.Karya sebagai majalah yang dikawal oleh sebuah Lembaga Editor. Siaran di dalamnya dihadkan kepada (a) tulisan penulis tetap dan (b) karya pilihan yang disiarkan oleh editor dari E-Sastera@Facebook.

Emmm…

P/s. Aku juga sedang memikirkan untuk menghidupkan semula portal eSasterwan yang telah hilang dari dunia maya dua tahun lalu kerana masalah teknikal.

esastera-karya-logo-2

IRWAN ABU BAKAR
Kuala Lumpur, 17.06.2016